Di sebelah No. 60, Sungai Pinang Village Area,
11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.

No. Tel : 019 – 252 3900 (Pn. Rohani)
Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan melalui :
Akaun MAYBANK 557081053615


Thursday 30 July 2015

PENGENALAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NASYIATUL AISYIYAH (PKNA) merupakan sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan fakir miskin yang berstatus persendirian. PKNA telah beroperasi sejak tahun 2000 sehingga sekarang. PKNA mengamalkan konsep kekeluargaan terhadap anak-anak jagaannya. Bilangan anak-anak PKNA pada tahun 2014 adalah seramai 17 orang (berumur bawah 15 tahun), berikutan untuk tahun-tahun sebelumnya ramai anak PKNA telah dijadikan sebagai anak angkat. Sepanjang PKNA beroperasi, telah banyak dugaan dan cabaran yang PKNA tempuhi baik dari aspek didikan, kewangan, premis, tenaga kerja dan sebagainya.
Namun, PKNA percaya bahawa semua ujian yang dihadapi ini insya Allah akan dibalas dengan ganjaran yang sangat besar di akhirat kelak. Pihak PKNA mengharapkan agar masyarakat memberikan perhatian lebih kepada golongan yatim dan fakir miskin ini, kerana kebajikan bukan hanya milik PKNA, malah semua umat Islam. Semoga dengan ‘tangan-tangan’ yang datang menghulurkan bantuan, sama ada dari segi wang mahupun tenaga dan masa, nasib umat Islam yang dalam kekurangan akan lebih terbela. Insya Allah.




Copyright to PERTUBUHAN KEBAJIKAN NASYIATUL AISYIYAH
Designed by UMIESUEstudio 2015